Aplikasi Kaedah Fiqh dalam Sains, Teknologi dan Kejuruteraan : Adat Dijadikan sebagai Rujukan Hukum







CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT 

POLITEKNIK SULTAN AZLAN SHAH

MPU 23052



TITLE : EFOLIO




SUPERVISED FOR : EN MOHD SYAHNAN MD ZAIN


PREPARE BY :
AIN NUR UMAIRAH BINTI MOHAMED ROHIZAD (15DPB20F1009)
INTAN NURSAZLINA BINTI AHMAD MAHATHIR (15DPB20F1011)
NURUL FAIHANAH BINTI AZMI (15DPB20F1005)
AMIRA AFIQAH BINTI ABDUL AZIZ (15DPB20F1015)


CLASS : DPB2B


SESSION : DISEMBER 2020








PENGHARGAAN


Bismillahirahmanirahim, 

Alhamdullilah,bersyukur ke atas ilahi dengan limpahan rahmat serta nikmat masa,nyawa tenaga yang dianugerahkan kepada saya dapat juga saya menyiapkan tugasan e-folio ini dengan jayanya.
            Pertamanya, saya ingin mendedikasikan ucapan penghargaan ini kepada pensyarah tercinta saya, Ustaz Mohd Syahnan bin Md Zain kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan daripada beliau membuka ruang untuk saya menyiapkan tugasan Sains Kejuruteraan dan Islam, MPU23052 ini dengan jayanya.
            Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada ibu bapa saya yang memberi saya pemudahcara untuk menyiapkan tugasan ini.Mereka telah  memberikan saya segala kemudahan dan sokongan moral yang tidak terhingga sampai saya berjaya menghabiskan tugasan ini.
            Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan yang banyak memberi peringatan terhadap setiap apa yang saya telah alpa. Mereka membantu saya dengan menjawab setiap pertanyaan yang saya utarakan kepada mereka.
            Akhir madah, saya mengucapkan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara lansung atau sebaliknya dalam memberikan cadangan atau bantuan sepanjang perjalanan saya menyiapkan tugasan ini, terima kasih.



PENGENALAN 


Adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) adalah merupakan
kaedah fiqh asas yang kelima daripada kaedah fiqhiyyah yang asas atau utama
yang mana ia juga disebut sebagai „kaedah kubra‰. Kaedah ini amat signifikan
dalam proses penetapan hukum dalam kehidupan manusia yang bersumberkan
kepada uruf dan adat.

Ulama mengiktiraf kaedah ini apabila dalam keadaan ketiadaan nas atau dalil.
Dengan kata lain, sesuatu uruf atau adat tidak boleh diterima sebagai hukum,
sekiranya perkara itu mempunyai dalil atau nas tertentu. Begitu juga, sekiranya
adat dan uruf itu bercanggah dengan nas atau dalil, maka ia akan ditolak kerana
bertentangan dengan kaedah syarak.

Aplikasi kaedah ini adalah cukup meluas oleh ulama dalam pelbagai isu
fiqhiyyah seperti tradisi, muamalat dan penghakiman. Oleh itu, topik ketujuh ini
akan membincangkan pengertian dan penghuraian kaedah, contoh penggunaan
kaedah, sumber asal atau dalil kaedah, kategorinya dan syarat untuk
mengamalkan adat dan uruf. Tidak ketinggalan, kita juga akan mempelajari tiga
pecahan kaedah dan melihat bagaimana kaedah ini dipraktikkan dalam sistem
muamalat di Malaysia.




ADAT ATAU URUF TERBAHAGI KEPADA 4 BAHAGIAN IAITU :

1) ADAT AM : Sesuatu kebiasaan diterima umum sebagai sesuatu yang memberi maksud                 tertentu
     CONTOHNYA : i)menggunakan e-mel
                                ii)menggunakan surat sebagai bukti
*Perkembangan teknologi kejuteraan dan inovasi yang dilakukan hari ini bertujuan :
    
      -Mempercepat lagi proses penyampaian
      -E-mel menjadi pengganti kepada surat

2) ADAT KHUSUS : Perkara yang terpakai dan difahami oleh sesetengah masyrakat atau negeri atau dalam kalangan golongan tertentu.
CONTOHNYA : membincangkan tentang isu enjin kenderaan sama ada kereta,motosikal, dan sebagainya.

3) ADAT SAHIH : Adat yang tidak bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat,tidak menghalalkan yang haram,tidak membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat.
CONTOHNYA : Seseorang mengguna khidmat SMS,ATM,pejabat pos,perbankan untuk membayar zakat fitrah.
*Pembayar zakat biasanya membayar zakat melalui amil yang dilantik sama ada di masjid atau di kaunter pusat zakat.
*Atas sebeb perkembangan sains teknologi dan kejuruteraan,pembayar zakat diharuskan menggunkan sistem yang disebutkan di atas.
*Sistem pembayaran zakat juga telah dijalankan secara autopay.

4)ADAT FASID ATAU ROSAK : Adat yang berlawanan atau bercanggah dengan nas syarak atau prinsip syariat atau menghalalkan yang haram atau membatalkan yang wajib atau menghilangkan kemaslahatan dalam syariat
CONTOHNYA : Bentuk-bentuk perandingan yang menggunakan sistem pesanan ringkas yang mempunyai unsur pertaruhan.





PENGERTIAN DAN HURAIAN KAEDAH
ASAS 5

Apakah yang dimaksudkan dengan kaedah adat sebagai sumber rujukan
hukum? Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh
syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk
tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan
masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan. Ia tidak perlu
disingkirkan selagi mana ia tidak bercanggah atau bertentangan dengan nas
syarak ataupun nilai murni. Fuqaha menegaskan bahawa apabila syariah
mengiktiraf adat atau uruf sebagai salah satu sumber hukum, bermakna syariah
berusaha untuk menjaga kemaslahatan masyarakat.

Islam merupakan agama yang fleksibel dan amat meraikan apa sahaja yang
mendatangkan manfaat dan memberi keselesaan kepada manusia. Justeru, Islam
tidak menghalang umatnya mengamalkan sebarang bentuk adat yang baik yang
telah dihayati oleh masyarakat sekian lamanya dan menjadi rutin harian dalam
kehidupan mereka. Islam dengan penuh pertimbangan dan kasih sayang
menghargai adat resam yang baik bagi umat Islam yang terdiri daripada
berbilang bangsa, kaum dan negara di seluruh dunia. Ini adalah kerana Islam melihat perbezaan adat dan uruf adalah suatu perkara yang wajar diraikan demi
kebahagiaan dan kebaikan umatnya.





 CONTOH APLIKASI KAEDAH


Sekarang, mari kita lihat beberapa contoh penggunaan kaedah ini dalam
kehidupan masyarakat Islam:

(a) Adat penentuan kadar mahar atau mas kahwin yang merupakan
pemberian wajib daripada suami kepada isteri sebagai simbol penghargaan
dalam perkahwinan yang suci. Islam tidak membataskan mahar kepada
harta tertentu atau jumlah tertentu sama ada minimum atau maksimum.
Ini adalah kerana dalam Islam, sesuatu yang bernilai dan memenuhi syarat
yang digariskan dan mengikut panduan syariat, maka ia diharuskan.
Malah, semua urusan mahar ini diserahkan kepada masyarakat untuk
menentukannya, menurut adat tradisi mereka. Di samping itu, mahar juga
perlu berasaskan kepada aspek kemampuan dan keredaan antara dua
pihak, seperti mana yang digariskan dalam agama Islam.

(b) Adat pemberian hantaran perkahwinan atau dengan kata lain, hadiah
perkahwinan. Ini juga diharuskan, sekiranya ia menjadi amalan tradisi
dalam perkahwinan sesuatu bangsa seperti masyarakat Melayu di
Malaysia. Namun, dalam keharusan ini menurut Islam, ia tidak boleh
sehingga membebankan mana-mana pihak kerana itu sudah melanggar
syariat. Apabila adat bertentangan dengan Islam, maka ia tidak boleh
diterima pakai sama sekali. Pemberian hantaran perkahwinan ini tidak ada
nas syarak yang menjelaskan tentang hukum beramal dengan amalan
tersebut.

(c) Adat pemakaian dalam masyarakat. Sebagai contoh, memakai baju Melayu
atau baju kurung bagi masyarakat Melayu. Begitu juga bagi masyarakat
Arab yang berpakaian abaya atau jubah dan seumpamanya.

(d) Adat "main kutu" yang merupakan amalan bagi kebanyakan masyarakat
setempat di Malaysia. Dalam amalan ini, satu kumpulan dibentuk dan
diketuai oleh seorang ketua di mana setiap bulan, semua ahli akan
menyumbangkan wang mengikut jumlah yang telah dipersetujui. Satu
undian akan dibuat untuk menentukan giliran siapa yang akan mendapat
wang terkumpul tersebut. Oleh itu, setiap seorang daripada ahli kumpulan
ini akan menerima wang terkumpul mengikut giliran masing-masing.
Amalan diamalkan bertujuan untuk saling membantu antara satu sama lain
dalam mengatasi masalah kewangan dan untuk mengumpul modal.
Permainan kutu ini boleh dikatakan sebagai akad wadiah yang diguna
pakai oleh ahli berkenaan iaitu semasa menyerahkan wang kutu kepada
ketua kumpulan yang dilantik.

(e) Adat Sistem pawah (pawah haiwan atau tanah) yang merupakan adat
sebahagian penduduk di beberapa kawasan di Malaysia. Sistem pawah ini
adalah merupakan satu bentuk upah yang telah dipersetujui dan dicapai
oleh pihak pengusaha dan pemilik modal semasa akad dilakukan. Dalam
sistem ini, para pengusaha mengusahakan tanah atau ternakan milik orang
lain (pemilik modal) dan mereka diberikan bayaran dalam bentuk upah.





PENGERTIAN ADAT DAN URUF MENURUT ULAMA

Apabila membincangkan pengertian adat dan uruf, terdapat perselisihan antara ulama dalam menafsirkannya. Perbezaan ini boleh dilihat dalam Jadual dibawah.




Berdasarkan pengertian yang dinyatakan oleh para ulama dalam Jadual 7.1, dapat difahami dan disimpulkan bahawa secara umumnya adat dan uruf tidak ada perbezaannya. Dengan kata lain, kedua-duanya merupakan perkataan yang agak sinonim atau mempunyai pengertian yang sama, walaupun terdapat sedikit perbezaan istilah antara keduanya. Persamaan ini merupakan pandangan majoriti ulama.

 Walau bagaimanapun, terdapat juga sebahagian ulama yang membezakan antara keduanya. Mereka berpendapat bahawa adat itu lebih umum daripada uruf. Ini adalah kerana kadangkala, adat hanya berlaku pada individu atau sesetengah individu sahaja, sedangkan uruf itu berlaku kepada semua orang. Lantaran itu, mereka berpendapat bahawa setiap uruf merupakan adat, sebaliknya bukan semua adat dikira sebagai uruf. Ini merupakan pandangan minoriti ulama terhadap isu ini.





SUMBER ASAL ATAU DALIL KAEDAH ASAS 5

Tahukah anda asal atau dalil bagi kaedah ini? Asal atau dalil bagi kaedah ini adalah bersumberkan kepada dalil al-Quran dan hadis seperti yang disenaraikan dalam Jadual dibawah. 






KATEGORI ADAT ATAU URUF DALAM SYARIAT ISLAM

Sekarang, mari kita pelajari kategori bagi adat atau uruf dalam syariat Islam. 'Abd Karim Zaidan dalam karyanya Al-Wajiz Fi Usul Al-Fiqh menyebut bahawa menurut majoriti fuqaha, adat juga dikenali sebagai uruf. 

Terdapat enam klasifikasi uruf yang telah dibincangkan oleh para fuqaha dalam karya mereka seperti mana yang diterangkan dibawah.


Enam Kategori Adat atau Uruf dalam Syariat Islam

Uruf Qawli - Merujuk kepada kebiasaan istilah, perkataan atau ucapan yang digunakan orang ramai yang menyalahi penggunaannya dari sudut bahasa, namun difahami oleh semua orang. Contohnya, „al-walad‰; menurut masyarakat Arab, ia dimaksudkan untuk anak lelaki sahaja, walaupun dari sudut etimologinya, ia merangkumi anak lelaki dan perempuan. 

Uruf Amali - Ini merujuk kepada perkara yang kebiasaan dilakukan oleh orang ramai. Contohnya, apabila tuan rumah menghidangkan makanan kepada tetamu. Makanan yang dihidangkan dianggap telah diberi keizinan untuk diambil oleh tetamu. 

Uruf Am - Merujuk kepada sesuatu tradisi yang dihayati oleh semua orang dari pelbagai peringkat dan lapisan masyarakat di seluruh negeri atau uruf itu telah meluas penggunaannya di seluruh negara Islam. Contohnya, perkataan nazar yang dikenali oleh semua umat dan negara Islam.  

Uruf Khas - Ia merujuk kepada sesuatu yang menjadi kebiasaan kepada sebahagian masyarakat atau sesetengah negeri. Contohnya, di Malaysia, jika seseorang memasuki rumah orang lain tanpa menanggalkan kasut, perbuatan ini dikira tidak menghormati tuan rumah atau dianggap tidak beradab. Walau bagaimanapun, di negara Arab, penerimaan terhadap perbuatan ini adalah berbeza. 

Uruf Sahih - Bermaksud adat yang tidak bertentangan dengan nas syarak. Contohnya, pemberian barangan oleh seorang lelaki kepada tunangnya, ketika majlis pertunangan dikira sebagai hadiah dan bukannya sebahagian daripada mas kahwin. 

Uruf Fasid - Ia merupakan adat yang bercanggah dengan nas syarak. Contohnya, adat berjudi, bermuamalat dengan riba atau menghidangkan arak sebagai tanda hormat kepada tetamu. 




KEHUJAHAN ADAT MENURUT PANDANGAN ULAMA

Jumhur ulama berpendapat bahawa adat dan uruf merupakan salah satu daripada hujah syarak dan boleh menjadi sumber rujukan dalam perundangan Islam. Ini terbukti melalui ungkapan dan fatwa yang dikeluarkan oleh mereka. 
Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyyah dalam karyanya IÊlam al-MuwaqqiÊin Âan Rabb al-Âalamin menyebut bahawa perubahan fatwa dan perbezaan fatwa itu adalah menurut perubahan dan peredaran zaman, tempat, situasi dan adat. 
Manakala al-Syeikh Syihab al-Din al-Qarafi dalam kitabnya Al-Ihkam Fi Tamyiz al-Fatawa Âan al-Ihkam wa Tasarrufat al-Qadi wa al-Imam menyatakan bahawa setiap sesuatu dalam syariat itu adalah mengikut adat di mana hukumnya boleh berubah mengikut perubahan adat. Namun, ia mesti relevan dengan kehendak adat tersebut. 
Bagi Imam Najm al-Din al-Tufi, beliau mengatakan (dalam risalahnya) bahawa prinsip syarak yang menjaga hak mukallaf kadangkala difahami melalui hukum adat. 
Seterusnya, menurut Syeikh Bisri dalam bukunya Tarjamah al-FaraÊid alBahiyyah menukilkan bahawa adat diterima sebagai penetapan hukum syarak yang tidak mempunyai nas. Apabila ketiadaan nas yang bertentangan dengan hukumnya yang asal atau terdapat nas tetapi secara umum sahaja, maka adat pada ketika itu boleh diterima pakai sebagai asas penetapan hukum.
 Begitu juga dengan pandangan yang dikemukakan oleh ÂUthman Syibir dalam kitabnya Al-QawaÊid al-Kulliyyah wa al-Dawabit al-Fiqhiyyah fi al-Syariah alIslamiyyah. Beliau mengatakan bahawa nafkah isteri tidak ditentukan oleh nas syarak tetapi penetapan itu hendaklah ditentukan berdasarkan adat setempat di mana mereka tinggal.
 Berdasarkan beberapa pandangan yang telah dikemukakan oleh ulama, kita boleh simpulkan bahawa adat dan uruf boleh dijadikan sebagai hujah dan ia memainkan peranan yang penting dalam penetapan hukum syarak. Namun, pada masa yang sama, ia bukanlah merupakan dalil atau sumber hukum yang berdiri dengan sendiri= ia perlu dirujuk kepada dalil syarak yang muktabar.
 Justeru, dalam mengukuhkan lagi hujah ini, ÂAbd al-Karim Zaydan dalam karyanya Al-Wajiz fi Usul al-Fiqh menyatakan bahawa dalil uruf sebenarnya kembali kepada dalil syarak yang lebih kuat seperti ijmak, masalih mursalah dan sad al-zaraÊi.
 Apabila syariat mengambil kira adat dan uruf, maka itu merupakan keringanan dan rahmat dari Allah s.w.t. kepada hamba-Nya. Dan apabila Allah mengizinkan kita membina hukum berdasarkan adat dan uruf, maka keizinan Allah itulah sumbernya yang hakiki adat itu tidak lebih dari kaedah fiqh diambil faedah darinya ketika pelaksanaan hukum. Perlu diingat bahawa adat dan uruf tersebut tidaklah sampai kepada tahap sumber atau dalil yang utama. 




SYARAT KEHARUSAN BERAMAL DENGAN ADAT DAN URUF

  Bagaimanakah kita dapat menentukan bahawa sesuatu adat atau uruf itu boleh diikuti atau tidak? Terdapat lima garis panduan yang boleh dijadikan panduan untuk kita dalam melihat sesuatu adat atau uruf. Lima garis panduan tersebut telah digariskan oleh para ulama sebagai panduan keharusan untuk kita beramal dengan adat dan uruf. Sesuatu adat dan uruf perlu mematuhi:

(a) Pertama : Adat dan uruf itu tidak bertentangan dengan hukum dan nas syarak. 
(b) Kedua : Adat dan uruf itu telah diamalkan oleh masyarakat secara meluas, menyeluruh dan berterusan. 
(c) Ketiga : Adat atau uruf ini tidak dinafikan oleh majoriti ulama.
(d) Keempat : Adat dan uruf itu mestilah diamalkan pada masa hukum syarak dibentuk ke atasnya dan bukannya adat atau uruf yang sudah lama ditinggalkan. Namun, boleh diterima pakai sekiranya ia kembali aktif dan dijadikan amalan kebiasaan seperti sedia kala. 
(e) Kelima : Adat atau uruf ini mestilah sesuatu yang diamal secara konsisten dan menyeluruh oleh majoriti masyarakat sesebuah negara. Ini merujuk kepada amalan yang mesti diguna pakai menurut pandangan masyarakat atau sekurang-kurangnya ia adalah adat untuk sebahagian negara walaupun tidak seluruh negara.




CABANG ATAU PECAHAN KAEDAH ASAS 5

Tahukah anda daripada kaedah asas adat dijadikan sebagai rujukan hukum terbentuk tiga lagi kaedah pecahan? Tiga pecahan kaedah tersebut adalah seperti yang dinyatakan bawah.




Kaedah Pecahan 1: Tidak Dinafikan Berlakunya Perubahan Hukum Disebabkan Perubahan Zaman (La Yunkaru Taghayyur al-Ahkam Bi Taghayyur al-Azman)

 
Kaedah ini membawa maksud perubahan zaman memberi implikasi yang cukup besar kepada pembinaan sesuatu hukum syarak. Hukum perlu dibina berasaskan keperluan zaman semasa iaitu dengan merujuk kepada adat dan uruf ketika itu. Maka, hukum ijtihad yang dibina itu mestilah relevan dengan adat dan uruf mereka. 

Salah satu keistimewaan Islam adalah terletak pada ajarannya yang memberi ruang yang cukup luas untuk menerima dan mengadaptasi budaya setempat. Namun, tidak semua tradisi itu dijadikan hukum kerana bukan semua unsur budaya itu sesuai dengan ajaran Islam; dengan kata lain, tidak mengikut syariat. Maka, yang tidak besesuaian itu akan disesuaikan mengikut syariat. 

Ulama bersepakat mengatakan bahawa terdapat perubahan hukum ekoran perubahan zaman dan terdapat juga perubahan hukum ekoran perubahan adat. Ini adalah kerana Islam melihat kepada kepentingan, keperluan semasa dan kemaslahatan umat manusia itu sendiri. Ini bagi menjamin kehidupan mereka dalam penuh keselesaan dan tidak memberi tekanan atau membebankan mereka. Ini juga terbukti melalui fakta sejarah bagaimana sikap Rasulullah s.a.w. yang meraikan dan mengiktiraf adat baik yang dihayati dalam kalangan orang Arab di zaman jahiliah, sehinggalah adat tersebut diteruskan dan diterima pakai dalam agama Islam.

 
Antara contohnya adalah seperti berikut: 

(a) Berlaku pada zaman Imam Syafie di mana beliau telah mengubah sebahagian keputusan hukumnya yang telah ditetapkan di Baghdad (Iraq) setelah beliau berada di Mesir. Perkara tersebut berlaku lantaran beliau melihat adat di Mesir yang sangat berbeza dengan adat di Baghdad, sehingga Imam Syafie mempunyai dua qawl (pendapat atau fatwa) iaitu qawl jadid (pendapat yang baru) dan qawl qadim (pendapat yang lama).

(b) Pada zaman Abu Hanifah dan anak muridnya (Abu Yusuf) yang berbeza pendapat dalam menetapkan sesuatu hukum, lantaran berbezanya adat dan uruf. Bagi Imam Abu Hanifah, beliau hanya mensyaratkan keadilan yang zahir ke atas saksi dalam kes yang bukan hudud dan qisas. Namun, pada zaman Abu Yusuf pula, majoriti manusia pada zamannya banyak melakukan maksiat dan bercakap bohong. Lalu, Abu Yusuf mensyaratkan bahawa setiap saksi pada kes bukan hudud dan qisas hendaklah disucikan dirinya dan bertaubat. Ini adalah disebabkan oleh perubahan yang berlaku pada kebanyakan orang pada zaman tersebut. 

(c) Hukum atau peruntukan undang-undang dalam soal usia perkahwinan sesuatu bangsa, negara atau seumpamanya. Ini adalah kerana perkembangan budaya dan peruntukan undang-undang masing-masing adalah berbeza mengikut kesesuaian dan kebiasaan yang berlaku. Sebagai contoh, Rasulullah s.a.w. telah mengahwini Saidatina Aisyah r.a. ketika beliau berusia sembilan tahun. Namun, perkara tersebut mungkin tidak berlaku kepada zaman sekarang kerana perubahan zaman, suasana dan transformasi sosial atau seumpamanya yang telah menolak keadaan ini. Di Malaysia (berdasarkan undang-undang), lelaki hanya boleh berkahwin setelah berusia 18 tahun dan bagi perempuan, mereka perlu berusia 16 tahun. Sekiranya ingin berkahwin sebelum mencapai usia tersebut, maka mereka perlu mendapat keizinan daripada pihak mahkamah. Di Indonesia pula (berdasarkan Undang-Undang No. 1, tahun 1974), lelaki hanya boleh berkahwin setelah berusia 19 tahun dan perempuan berusia 16 tahun.

(d) Memandangkan zaman sekarang keruntuhan rumah tangga sering berlaku dalam kalangan pasangan muda, maka setiap pasangan yang ingin berkahwin diwajibkan mengambil kursus perkahwinan serta pemeriksaan tahap kesihatan. Ini adalah untuk menjamin dan memastikan setiap pasangan itu memahami konsep perkahwinan, menurut perspektif Islam dan bebas daripada semua penyakit kritikal. 




Kaedah Pecahan 2: Sesuatu yang Biasa Diamalkan oleh Orang Ramai, Merupakan Hujah yang Wajib Beramal dengannya (Isti’mal al-Nas Hujjah Yajib al-‘Amal Biha)


 Kaedah ini membawa maksud sesuatu amalan kebiasaan bagi sesebuah masyarakat yang telah disepakati dan tidak bertentangan dengan nas syarak adalah merupakan hujah yang wajib diikuti. Sumber asal kaedah ini adalah ketika Rasulullah s.a.w. menghukum sahabat yang bernama al-BarraÊ bin ÂAzib, berdasarkan adat kebiasaan mereka. Menurut hadis yang diriwayatkan daripada Haram bin Muhayyisah daripada bapanya: 



 Maksudnya: "Sesungguhnya unta betina al-BarraÊ bin ÂAzib telah memasuki pagar seorang lelaki serta merosakkannya. Maka, Rasulullah s.a.w. menghukumkannya berdasarkan kebiasaan bahawa sepatutnya pemilik harta menjaga harta mereka di siang hari dan pemilik ternakan menjaga ternakan mereka di malam hari." 

(Abu Dawud, kitab: al-Buyu', Bab: al-Mawasyi Tufsid Zar'a al-Qawm, Bil. 3098. 
Malik, Kitab: al-Aqdiyah, Bil. 1239)  

Berikut adalah antara contoh bagi penggunaan kaedah ini:
 (a) Transaksi jual beli dengan cara al-muÊatah (hulur menghulur) tanpa menggunakan lafaz ijab dan kabul di mana lafaz tersebut adalah rukun dalam jual beli. Di Malaysia, sudah menjadi kebiasaan masyarakat ketika menjual dan membeli dengan cara hanya menyerahkan wang dan mengambil barang belian tanpa ada lafaz ijab dan kabul. Maka, adat ini dibolehkan kerana sudah menjadi amalan kebiasaan kita dalam melakukan transaksi jual beli.

(b) Diharuskan wakaf harta alih (seperti al-Quran, kitab dan buku ilmiah) di mana mengikut asalnya, waqaf harta alih ini tidak sah. Namun, melihat kepada amalan kebiasaan dan keperluan yang tinggi oleh masyarakat, maka ia dibenarkan oleh syarak kerana menghormati adat dan untuk memudahkan mereka.

(c) Dibenarkan memberi upah kepada penjahit, pelukis dan seumpamanya, sebagai merujuk kepada adat kebiasaan dalam masyarakat. 




Kaedah Pecahan 3: Ketentuan Berdasarkan Uruf seperti Ketentuan Berdasarkan Nas (AlTa’yin Bi al-‘Urf Ka al-Ta’yin Bin Nas) 


Kaedah ini menjelaskan bahawa adat dan uruf itu diberi kuasa seperti kuasa nas, namun hanya ketika ketiadaan nas atau nas berbentuk umum. Justeru, uruf dan adat kebiasaannya akan mengambil tempat kedudukan nas.

 Sebagai rumusan, sesuatu penetapan hukum yang berdasarkan uruf dan adat kebiasaan yang menepati syarat sebagai dasar hukum adalah sama statusnya dengan penetapan hukum yang didasarkan kepada nas. Kaedah ini banyak digunakan dalam budaya muamalat setempat bagi masyarakat terdahulu dan semasa di mana ianya merupakan antara perkara yang banyak mendapat perhatian para ulama untuk dibincangkan. 

Antara contoh yang terbentuk daripada kaedah ini adalah: 

(a) Di Malaysia, sewa rumah yang dikenakan terhadap penyewa tidak termasuk bayaran bil air dan elektrik. Penyewa perlu membayar bil tersebut mengikut penggunaannya. Peraturan dan perjanjian tersebut mempunyai kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas. 

(b) Dalam konteks Malaysia, harta sepencarian adalah satu amalan adat masyarakat Melayu yang unik kerana ia tidak wujud di negara Arab atau di Timur Tengah. Ia adalah harta perkongsian bersama antara suami dengan isteri yang diperoleh semasa tempoh perkahwinan berlangsung. Selain itu, ia juga merupakan satu adat yang berlaku apabila berlakunya penceraian antara pasangan tersebut. Tiada satu dalil pun yang menjelaskan mengenai isu ini, namun sebenarnya ia menepati syarak seperti mana firman Allah s.w.t. dalam ayat-Nya yang bermaksud, "Orang lelaki beroleh bahagian daripada usahanya dan orang perempuan beroleh bahagian daripada usahanya juga."  Maka, ketetapan undang-undang bagi hak harta sepencarian ini mempunyai kuasa yang sama dengan hukum yang ditetapkan melalui nas. 

(c) Semua perkara yang tidak ditetapkan melalui nas syarak (sama ada urusan berdasarkan timbangan atau sukatan dalam jual beli, penggunaan mata wang yang tersendiri bagi tujuan pembayaran dan seumpamanya), perlu dirujuk berdasarkan adat kebiasaan masyarakat setempat. Ini adalah kerana syarak telah memperakui autoritinya. 




MUAMALAT YANG BERASASKAN BUDAYA MASYARAKAT DI MALAYSIA DAN KAITANNYA DENGAN KAEDAH ASAS 5 


Akhir sekali, mari kita lihat muamalat yang berasaskan budaya masyarakat di Malaysia dan kaitannya dengan kaedah asas kelima ini. Anda tentu sedar bahawa terdapat banyak muamalat yang menjadi budaya dan amalan bagi masyarakat setempat di Malaysia adalah berasaskan kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum. Antaranya adalah seperti:

  (a) Kontrak tempahan (bayÊ al-salam).
  (b) Kontrak jual janji (bayÊ al-wafaÊ).
  (c) Kontrak jual beli berdeposit (bayÊ al-Âurbun).
  (d) Kontral sewaan (al-ijarah).
  (e) BayÊ al-Âinah dalam perkhidmatan kad kredit.
  (f) Kontrak al-ujr dalam perkhidmatan kad debit.
  (g) Transaksi menggunakan Internet.
  (h) Transaksi menggunakan telefon bimbit.
  
Sebagai rumusan, syariat Islam adalah syariat yang dinamik dan fleksibel kepada kehendak serta perubahan manusia dan masa. Syariat Islam tidak pernah mengetepikan adat atau uruf yang baik, malah amat menghormatinya dan meraikannya demi mengelakkan bebanan atau kesukaran dan untuk menjaga kepentingan mereka.

Mengikut al-Qardawi, adalah suatu yang penting mengetahui perubahan zaman, tempat, tradisi dan keadaan masyarakat. Signifikannya keadaan tersebut ialah fuqaha yang mengeluarkan fatwa atau membina hukum harus melihat dan memahami realiti masyarakat kerana etika atau norma atau nilai budaya sesebuah masyarakat adalah tidak sama. 

Justeru, dalam merealisasikan kemaslahatan ummah, pengambilkiraan nilai budaya semasa dan setempat amat penting, lantaran ianya amat bersesuaian dengan semangat ruh syariah itu sendiri.



RUMUSAN
  •  Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum (al-Âadah muhakkamah) merupakan kaedah asas kelima dalam perundangan Islam. Kaedah ini juga disebut sebagai "al-qawa'id al-khams al-kubra" atau "al-qawa'id al-asasiyyah."
  •  Kaedah ini membawa maksud bahawa sesuatu adat yang diiktiraf oleh syariat Islam boleh diterima sebagai salah satu sumber hukum. Sebarang bentuk tradisi atau budaya yang baik dan menjadi sebahagian daripada kehidupan masyarakat Islam adalah wajar diterima pakai atau diteruskan.
  • Antara contoh aplikasi kaedah ini adalah adat penentuan mahar atau mas kahwin, adat pemberian hantaran perkahwinan dan adat memakai baju tradisional yang tidak mendedahkan aurat.
  • Secara umumnya, pandangan ulama terhadap adat dan uruf tidak banyak berbeza. Majoriti ulama berpendapat bahawa biarpun terdapat sedikit perbezaan istilah, namun ada persamaan antara adat dan uruf.   
  • Majoriti ulama fiqh berpendapat uruf dan adat adalah merupakan salah satu daripada hujah syarak dan ia dianggap sebagai sumber perundangan Islam.
  • Sumber dalil atau asal bagi kaedah ini adalah daripada al-Quran dan hadis.
  • Terdapat enam kategori uruf yang dibincangkan oleh para ulama iaitu uruf amali (perbuatan), uruf qawli (perkataan), uruf am (yang tersebar luas atau dikenali secara umumnya), uruf khas (hanya dikenali dalam kalangan penduduk atau sesebuah negeri tertentu atau segolongan masyarakat tertentu), uruf sahih (yang tidak bercanggah dengan nas atau hukum syarak) dan uruf fasid (yang bertentangan dengan nas syarak).
  • Terdapat lima syarat tertentu yang mesti dipatuhi untuk beramal dengan adat dan uruf. Antaranya adalah tidak bertentangan dengan hukum dan nas syarak dan tidak dinafikan oleh majoriti ulama.
  • Terdapat tiga kaedah pecahan atau cabang yang terbentuk daripada kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum. Tiga pecahan tersebut ialah tidak dinafikan berlakunya perubahan hukum disebabkan perubahan zaman, sesuatu yang biasa diamalkan oleh orang ramai, merupakan hujah yang wajib beramal dengannya dan ketentuan berdasarkan uruf seperti ketentuan berdasarkan nas.
  • Kaedah adat sebagai sumber rujukan hukum dan kaedah pecahannya amat penting dalam perundangan Islam dan banyak berperanan dalam menyelesaikan permasalahan fiqh terutamanya dalam isu muamalat semasa seperti kontrak bay' al-salam (tempahan), kontrak al-ijarah (sewaan), kontrak bay' al-wafa (jual janji), transaksi melalui Internet dan sebagainya. 



PENUTUP

Adat dan uruf mengikut difinisi bahasa adalah berbeza, namun secara amalan adalah perkara yang sama. Setiap masyarakat mempunyai adat yang tesendiri  yang menjadi identiti ataupun kebanggaan masing-masing. Sesuatu adat  sebati dalam masyarakat berkenaan dan diterima sebagai perkara yang benar.

Dalam memberi kemudahan dan tidak wujud pertentangan dengan kehendak adat dan agama, maka Islam menerima adat sebagai salah satu sumber hukum fiqah. Namun, penerimaan itu melalui proses yang ketat yang antara lain adat itu semestinya tidak bertentangan dengan nas yang jelas. Ia dapat diterima umum dalam kalangan masyarakat dan perkara itu telah lama berlaku sebelum ia diputuskan sebagai sumber hukum dan perkara itu terus berlaku.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum bukan bererti manusia boleh menentukan sendiri hukum agama. Hakikat sebenar sumber hukum utama adalah daripada Allah SWT dengan syarat-syarat tertentu. Kebenaran menggunakan adat sendiri adalah tetap berdasarkan kepada sumber hukum sebenar. Adat hanya menjadi cabang yang tumbuh daripada pokok hukum yang telah ditetapkan oleh ALLAH SWT.

Justeru, tidak benar jika ada pihak mendakwa hukum boleh berubah mengikut kepentingan pihak tertentu. Sebarang perubahan atau penetapan hukum mesti dilakukan oleh keputusan bersama-sama dengan ulama, dan bukannya ikut suka sendiri ingin menentukan hukum adat itu tanpa perbincangan para ulama dan syarak.

Penerimaan adat sebagai sumber hukum adalah rahmat besar bagi umat Islam. Seperti yang diketahui, kehidupan manusia sentiasa berubah seiring dengan perubahan kemajuan zaman.  Banyak perkara baru yang perlu ditentukan hukum untuk kepentingan umat Islam supaya terus hidup berpandukan kepada hukum yang betul. 


Kes berkaitan muamalat, penggunaan teknologi terkini dan sebagainya perlu mendapat ketentuan hukum, yang antara lain kemelut ini diselesikan melalui kaedah adat. Bagaimana hendak ditentukan hukum bermuamalat mengguna kad kredit, urusan atas talian dan sebagainya jika kaedah hukum adat digunapakai.

Sekiranya, kaedah adat tidak digunapakai, sudah tentu banyak keperluan manusia hari ini tidak dapat dipastikan hukumnya, sedangkan Islam adalah agama yang sesuai sepanjang zaman, tanpa had geografi dan memberi manfaatkan kepada seluruh alam.


Sesungguhnya, setiap hukum yang ditetapkan untuk dipatuhi oleh setiap umat Islam adalah mudah, namun tidap pula boleh dipermudahkan mengikut sesuka hati. Sumber hukum tetap berdasarkan apa yang telah dijelaskan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW.



RUJUKAN

'Abd al-Karim Zaydan. (1993). Al-wajiz fi usul al-fiqh. Kaherah. Dar al-Tawzi' wa al-Nasyr al-Islami. 

'Abd al-Wahab Khallaf. (1970). Masodir al-tasyri' al-islami fi la nasso fihi. Kuwait. Dar al-Qalam.

Ab Latif Muda, & Rosmawati Ali. (2000). Kaedah-kaedah fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Salam.

Abdul Aziz Muhammad Azzam, & Nashr Farid Muhammad Washil. (2009). Al-madhkal fi al-qawa'id al-fiqhyyah wa atharuha fi al-ahkam al-syar'iyyah. Jakarta: Amzah.

Abu Dawud Sulaiman al-Asy'ath Ishaq ibn Basyir al-Azdi al-Sijistani. (t.t.). Sunan Abu Dawud. Beirut: Dar al-Fikr. 

Al-Hariri Ibrahim Muhammad Mahmud. (1998). Al-madkhal ila al-qawa'id al-fiqhiyyah al-kulliyyah. 'Amman: Dar 'Aqar. 

 Al-Hasri Ahmad Muhammad, & Muhammad 'Azzam 'Abd al-'Aziz. (2004). Alqawa'id al-fiqhiyyah: Dirasat 'amaliyyah tahliliyyah muqaranah. Kaherah: Universiti al-Azhar.

Al-Jurjani 'Ali Muhammad al-Syarif. (1983). Kitab al-ta'rifat. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.

 Al-Nadwiyy 'Ali Ahmad. (2000). Al-qawa'id al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar alQalam.

 Al-Qur'an al-Karim. 

Al-Suyuti Jalal al-Din 'Abd al-Rahman. (1378). Al-asybah wa al-naza'ir fi qawa'id wa furu' fiqh al-syafi'iyyah. Beirut: Dar al-Fikr. 

Al-Tabrani Sulaiman Ahmad Ayyub Muthair al-Lakhmi al-Yamani at-Thabrani. (t.t.). Mu'jam alkabir. Damascus: Dar al-Kutub al-Zahiriyyah.

 Al-Zarqa' Ahmad Muhammad. (2007). Syarh al-qwa'id al-fiqhiyyah. Damsyiq: Dar al-Qalam. 

Ibn Qayyim al-Jawziyyah Muhammad Abi Bakr. (1991). 'Ilam al-muwaqqi'in 'an rabb al-'alamin. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah. 

Muhammad Soleh Ahmad. (2002). Al-qawa'id al-fiqhiyyah. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid. 




Comments